they follow

Wednesday, 23 January 2013

budak2 sekarang makin kurang adab

kita tak faham laa dunia sekarang, seriusly tak faham..
abang pukul adik sampai terkehel leher gara2 berebut channel tv..pasal isu berebut channel pun boleh bergaduh tendang terajang... hilang akal ke apa?

pastu kes senior 20 orang pukul sorang budak sampai teruk2 lebam satu badan....hoiiii pick ur own size laaa...  mcm eh mana otak korang eh? masih sekolah lagi nak tunjuk gangster bagai.. budak tu kata dia diejek hanya kerana dia suka pakai songkok pi sekolah pastu dia tak usik pun budak2 senior tu tapi kenapa dia dipukul teruk mcm tu? apa salah saya..katanya...usahkan budak form 3 tu tak faham, kita sendiri pun tak faham..apa masalah budak senior tu? dah budak form 3 tu nak pakai songkok pi sekolah...apa masalah orang lain? bukan dia pakai songkok tu kepala orang lain pulak yang rasa berat? kang tak pasal2 dah jadi kes polis. dah merosakkan masa depan diri sendiri. hoiii sebelum pukul orang tu, fikir dulu natijah lepas tu. jangan pulak lepas tu baru menyesal.. sorry dik, menyesal kemudian tak ada makna. pastu jangan pulak nanti nak suruh si mangsa tu menarik balik dakwaan dengan alasan kesian kat budak2 senior tu  nanti.. kalau kita laa kan.. memang tak laa nak tarik balik dakwaan tu... merasalah kau kat lokap..padan muka. masa depan kau, kau fikirlah cemana..bukan hak dan urusan aku nak fikir pasal masa depan kau!

ni la ni orang heboh pasal budak yang hilang kat Putra Heights tu.. first of all, yang mak bapak tinggalkan anak dalam kereta tu kenapa? yang si anak tu pi cari mak bapak dia tu naper?? bukan korang ditinggalkan kat tengah jalan tapi dalam kereta. mak bapak pun lain kali angkut jelah anak2 tu masuk kedai. ni kau tinggalkan dalam kereta mcm tu jer. lain kali cakap mak nak masuk kedai ni, jangan pi mana2.. kunci pintu kereta. dah tu sekarang ni menyusahkan semua orang. i considered menyusahkan lah sebab kalau dua2 tak buat perangai, tak adalah kes jadi mcm tu. haa haaa, matilah aku lepas ni kena kutuk. bukan i tak prihatin tapi prihatin laa jugak tapi sometimes parents amik jalan mudah jer kan... masa i pi giant hari tu, i tengok selamba je bapak ni tinggalkan anak dia dalam stroller... pastu dia suruh anak dia yang umur 4 tahun tengok2kan anak dia.. ehhh kau!!!! mcm tu jer? pastu i tengok anak 4 tahun tinggalkan adik dia yang baby tu pi kat ayah dia. terkontang2 lah baby tu dalam stroller.  should i say that the father is bongok ke apa? orang kalau nak colek anak kau, sekilas jer tau. pastu bila anak hilang, mulalah heboh melalak sana sini.. puncanya siapa? diri sendiri kan? jangan ingat malaysian semua baik2.. malaysian mungkin baik2 tapi immigrants belum tentu baik. kerajaan banyak kali dok laung2 suruh prihatin dengan anak2 anda, kempen sana sini tapi manusia cepat leka... lupa..alpa romeo...

kenapa i membebel hari ini? sebab i menyampah dengan isu yang sama..isu anak hilang, isu remaja kurang ajar dan sebagainya yang tak abis2.. belum lagi bab isu remaja betina gharib buat projek pastu mengandung anak haram pastu buang kat semak2, sungai, lontar dari flat atau bakar dan kes penderaan kanak2.. lagi mcm haram bila mak budak biarkan je boyfriend mendera anak sendiri. bila anak mati, nangis sendu sedan. hoiihhh jangan buat drama swasta boleh tak? kalau i lah kan, nak je aku tempeleng mak yang mcm tu. 

hari2 baca paper memang tulah isunya... bila isu timbul aku pulak yang emo lebih..ha ha ha... 

11 comments:

Irfa said...

paper pun mcm xde isu lain.hari2 berita sama je.buhsan.mmg dah sedia maklum,malang takde bau..kalau nak jadi..sekelip mata boleh jadi.ambil mudah semua perkara,dah berlaku baru nak nyesal.tiada gunanya lagi

saya pun ada anak2.kadang2 saya rasa diri ini over protection.semua tak boleh.yelah,biar dia yg nanges jgn saya yang nanges kendian hari ;).

NenetPenne (NP) said...

@irfa
betul...
jangan kita nangis kemudian hari...
sebab nangis kendian hari tiada gunanya...

susah jugak jadi ibu ni kan...

MizzTina said...

kak net pasan x, kadang² dh mcm trend isu.. isu culik, culikkkk memedang.. kes dera, deraaaaaaa memedang.. yg tinggal anak tu, mmg xptt.. motipnya nk tgglkn anak dlm kete??

sy pun pernah nmpk parents tgglkn anak dlm troli duk sebok pilih brg.. anak tu nanges n nk panjat troli sbb nk kuar.. dan² tu gak troli terbalik.. vunguk sgt parents tu.. sbbnya cume tegah melalui percakapan, bknnya nk bertindak..


haishhh, geram pulak kan

blu4sky said...

net,
ramai orang take thing for granted.. safety selalu dipandang ringan.. takyah cakap org lain..laki ku sendiri suke bebenor buat peel macam tu.. dah banyak kali ingatkan pun still buat gak.. geram betul...

Tijah said...

malas baca paper sbb ni lah. sakit hati. kadang2 bila baca. iskk. dah tau benda2 culik2, rompak, curi keta ni semua dah cam dah common dah selalu sangat kuar paper tapi diorang still tak alert kan?

NenetPenne (NP) said...

@tina
mcm kes brmusim kan...

larangan mesti diikuti dgn mulut dan pergerakan baru laa budak ni serik tapi idoklah beria2 sangat sampai boleh jadi kes polis pulak..

eh tapi dulu mak kita rotan kita dulu, rilek jer tak ada pahal pun... tak ngadu pun kat polis...


@irfa
dont take things for granted...
tak kan bila dah terjadi baru nak menyesal..no no...tak boleh gituh kan...


@tijah
tak alert sebab depa fikir menda tu tak mungkin jadi kat depa.... tulah maknusia ni...

sharifah rosidah said...

Tu la pasal dah banyak cerita budak budak hilang, tapi orang kita ni memang macam tak serik serik, dah tau anak2 kita kekadang nakal, jadi jangan lah tinggal kan begitu je salah sorang tunggu lah anak....ni tak sanggup tinggall kan anak dalam kereta... dah hilang kalau susah kan ko laki bini je tak per lah ini susah satu negara...Pastu meraung minta maaf lah apa lah nyampah pulak kita yang membaca...hilang rasa simpati...Kalau ada rang nak marah akak lantak lah.

Masa anak2 akak sekolah ber asrama dulu nasib lah dia orang tak pernah kena buli...masing2 kata selalu nya senior kalau suruh buat apa apa kita jangan melawan...kalau tak memang lah kita di kerjakannya....senior ni pun melampau sangat buat anak orang....tapi tu lah dia orang ni pandai cover bila depan pengetua semua nampak baik je..

NenetPenne (NP) said...

@kakSR
komen akak kebabom... tapi betul laa..bila dah jadi baru nak meraung tak tentu arah..dah satu negara kecoh pasal anak dia... hoihhhlaaaa....

kalau budak tu tidor ke apa, angkut bawak masuk kedai.. biar budak tu meraung melalak dalam kedai janji bukan kita yang kena yang meraung kalau dia hilang...

senior pun nak buli agak2 laa kan... ni dah melampau la kan sampai 20 orang sepak sorang budak.. budak tu pun bukan besar mana pun.. tak puashati kalu, jadilah gentleman, satu lawan satu laa kan... so i kategory 20 orang senior tu adalah mempunyai telur yang sangat kecut.. entah2 telur pun tarak... alamak terlucah pulak... ha haha..

MA said...

Ada satu kes yang saya baca dulu...kat highway pahang kalau tak silap, si bapak ni drive bawak anak kecik lagi dlm 4-5 tahun kalau x silap - pastu budak tu tidor dlm keter, si bapak boleh pulak berhenti and parking kereta di seberang jalan sebab nak gi makan kat gerai. Bila budak tu terjaga, tengok bapak tak ada - dia keluar dan nak cross jalan cari bapak dia...ada pulak kereta lalu....tak perlu teka apa yang jadi. Ngeri.

sharifah rosidah said...

Hahaha setuju.......satu lawan satu lah kan....ada bran? Ni reramai nak kerjakan sorang kan....bukan tak ada telur tapi telur separuh masak...acaner tu? Eh alamak akah pun terlucaaah sama.

Gina said...

Salam
Kadang-kadang orang kita ni bila ada kes culik, pastu beringat lepas reda kes tu buat balik. Dulu pernah sekali kes kat KLCC baru-baru ni. Mak dan Ayah sibuk nak beli makanan lepas tu tak sedar anak dah hilang. Si anak doklah pusing satu foodcourt cari anaknya, so I pun tanya mana mak..pun ikut sama cari maknya rupanya maknya tgh beratur beli makanan. Bila nampak mak die terus berlari ke arah mak, and maknya siap boleh marah anak die lagi and tak ucapkan terima kasih pun pd kita yang tolong jagakan anak die tu.