they follow

Thursday, 31 January 2013

Perth...menggamit memori

tiada apa yang menggembirakan hidup ni kalau dapat pegi jalan2... terasa semua tekanan dan bebanan hidup atau kerja hilang begitu sahaja... masih terasa saats indah dapat pegi Perth pada tahun 2009 walaupun masa tu genap 6 bulan diceraikan. suasana di Perth sering menggamit memori yang indah2 ... perjalanan ke Perth, pemberian dari abang untuk adik nya...thank you abang! 

coles adalah pasaraya yang cukup popular disana.. saya suka bershopping di coles... walaupun window shopping..tak per janji shopping jugak kan?

(googles sahaja)

susunatur barangan yang sangat cantik...disusun dengan penuh teratur... kat sini saya suka Jaya Grocery di Empire Subang. saya gambarkan ianya adalah seperti Coles.. variety of imported canned food can be found there. kalau dips, ada mcm2 dips... kalau pasta, mcm2 pasta ada.... melalui lorong2 di pasaraya ini membuat saya leka..leka mengamati barang2 yang dipamerkan.. bagi saya itu juga mampu buat saya bahagia. 


(googles sahaja)

suasana nyaman redup disapa angin...kadang2 lara datang cepat2 diusir keluar dari kotak pemikiran.... saya datang untuk berhibur bukan untuk meratapi atau berduka... jangan bazirkan hadiah pemberian dari abang... getus hati. ..wahhh ayat!!!!! bersastera nampak??? alahhh tu pun sikit jer tu..kalau novelist datang sini baca, tolong jangan ketawa... bak kata novelis Lily Harlina Nasir, menjadi novelist perlu buat homework kerana pembaca sekarang bijak pandai.. terlebih berimaginasi pun tidak elok juga ulasnya...for me,  u have to be there so that u are able to write untuk menghasilkan plot cerita yang menarik.  campur sekali dengan pengalaman mungkin lebih berkesan dan supaya pembaca dapat menyelami watak yang ditonjolkan... mungkin saya tidak segigih Irfa dapat menghabiskan novel setebal 600+ mukasurat dalam satu hari tapi saya cuba melengah2kan pembacaan supaya ianya menjadi lebih menarik. Buku novel pemberian ibu Aurora, saya baca sedikit demi sedikit buat pelelap mata dikala susah nak tidor di waktu malam.... 



maaf jika sekiranya gambar adalah ulang tayang.. hanya gambar ini sahaja tidak melibatkan insan lain... dan lagi saya tidak perlu nak cropped atau mozaickan...hanya saya dan kanggaroo sahaja...  kenapa aksi gitu? takuttttt.... antara nak duduk atau tidak disamping kangaroo ini... kelihatan kecil2 diatas padang itu adalah bahan buangan... nasib baik bukan kategory najis mughalazah..kalau tak penat nak menyamak kasut.... 


sudah hampir 4 tahun percutian saya ke Perth rupa2nya tapi seakan2 baru semalam sahaja berlaku... saya ingin lagi ke sana...ingin sangat2... tapi bila? bila? entah.... tidak pasti...kekangan masa dan wang. 

apa lagi yang buat saya happy? rasa mcm nak pegi beli satu seluar dockers kaler biru... agak menarik jika dipadankan dengan kemeja lelaki berwarna ungu... yessss!!! i like.... oh kat uniqlo ada jualan kemeja dari kain linen berharga RM129.00.. variety of colors...orange, blue, pink, purple.. tapi satu jer kalau kain linen ni, mudah berkedut... 


14 comments:

Irfa said...

kita sama dgn saya dr segi satu benda
saya pun sama,kalau saya stress..suka belek folder gambar bercuti.suka imbas balik moment indah itu..

x penah pegi Perth..

NenetPenne (NP) said...

@Irfa
nak pegi lagi tak tahu bila kan..jadi belek2 je lah gambar dalam pendrive nih...

akak tak penah pegi NZ

Irfa said...

kaknet..
NZ wajib pegi..mmg tak menyesal
dah pegi pun tetap nak pegi lagi
mcm london ke paris ke..cukupla
sbb bukan banyak duit nak sopim
kat NZ tgk pemandangan je :)
#sambil kuis2 salji di hujung kaki

Mak Piah said...

NP:
sila pecahkan tabung ayam kaler merah. kalau lom cukup mari kita menabung bersama. Tak cukup lagik..kita sabung pulak tabung ayam. nak?

Ada rezeki dan izin, NP sampailah nantinya.

x

sharifah rosidah said...

Akak tak pernah ke Perth...Tapi nak juga cerita pasal Pasaraya yang akak suka pergi masa duduk LA....nama pasaraya nya ialah Alpha Beta...paling best di buka 24 jam dan sangat besar lebih besar dari Giants.....kalau kat Malaysia akak suka pergi jaya dan Cold storage.....kalau nak masak, masakan western senang nak cari barang2 kat situ.

Hari minggu lepas akak anak beranak ke Uniqlo....anak sulung akak nak shopping baju dan nak belanja adik dia kasut dan beg tangan charles and keith,...pastu dia belanja makan kat Sahara Tent....tempat makanan arab kesukaan husband akak.

mrs.spicy said...

Lain sekali ayat dlm entry ini. best jugak.

CS said...

NP
Minat kita dah 2x serupa kekdahnya. Pertama suka baca obituary dan kedua suka pergi supermarket. I pergi Perth tahun '96 tapi tetap rasa mcm smlm. Kalau I nak kesana skrng amatlah sesuai sbb my anak sedara & wife duduk disana...cuma I 'malas' nak naik plane *read: takot*.

MizzTina said...

nak nyanyi sikit.. ♫hanya kenangan terukir di dada..bersemadi dalam sanubariku♪♫

xpe kak, tgk gmbr lama..nt insyaAllah ada rezeki pegi lagi..

NenetPenne (NP) said...

@irfa
jom kita pegi lagi NZ..akak pun suka kalau dapat tengok pemandangan kat sana tu...

*feeling kuis2 salji jugak*

NenetPenne (NP) said...

@MP
tulah..tabung ayam dah pecah buat bayar road tax..ni sambung lagi menabung tapi tabung gajah pulak...

pasti pasti akan pegi lagi...one day...one day...



@KakSR
kita pulak tak penah pegi US.. tak per, kita tukar2 citer...
cold storage juga not bad..

kak pegi uniqlo mana? saya pergi kat Suria KLCC... tu pun beli satu jer baju panas untuk rancangan bercuti ke Beijing hujung tahun ni..tu pun kalu jadi dan kalau tabung gajah tu penuh laa kan... hiksss...

NenetPenne (NP) said...

@ibu maryam
sekali sekala tukar angin la pulok... harap new baby sihat la yer...



@CS
suka sangat pi supermarket..kadang2 leka je kat situ sambil tengok barang2 imported and juga local..walaupun tak beli.ha ha ha...


tahun 1996? ooo tu lagi lama dari i.. jomlah kita pegi lagi...kalau takut naik plane, kita naik belon... jangan takut, i temankan...heeee...


@tina
lagu siapa tu?
mcm dengar2 je suara tina sampai ke sini..heee

tulah insya Allah kalau ada rezeki lagi kan? siapa sangka tup2 kahwin dgn orang kaya bukan setakat perth, satu dunia boleh round...weeeeeee....

Lady Windsor said...

Rasanya tempat paling i nak pi lagi adalah Amsterdam..tak puas lah pergi seminggu dulu..Net jom kita tambah tabung nak...tabung Red Light District nak..ekekekek!

sharifah rosidah said...

Pergi uniqlo kat Tepi Pavi tuuuu...lepas tu terus ke Pavi sebab anak dara tu nak ke charles and keith.

Gina said...

Salam
Memang betul, kalau pergi Coles memang melekakan, setiap aisle u sure nak masuk padahal hanya nak beli tepung sahaja. udahnya bukan end up beli tepung aje, tapi mcm-mcm benda pun beli. Jomlah datang Adelaide pulak